TIPS MULA BISNES AFFILIATE UNTUK ORANG BARU

Pada hari ini, bisnes affiliate semakin terkenal dan menjadi satu trend baru untuk menjana pendapatan tambahan. Makin hari makin ramai orang baru yang terjun ke dalam bidang yang mencabar ini.

 

Namun perlu diingat, perihal kononnya menjana pendapatan dari affiliate adalah senang dan mudah hanyalah janji manis belaka. Ianya tak semudah itu, sangat memerlukan pengorbanan wang ringgit, masa dan usaha.

Baca artikel terdahulu ni, ketahui apa yang patut anda lakukan dan elakkan dalam bisnes affiliate – Affiliate Do’s & Don’ts

 

Tim Evo Bisnes memang dah lama bermain dalam affiliate dan ini adalah beberapa tips mahal yang kami mintak tolong anda baca dan buat:

 

1 – Tolong Fokus.

 

Kalau anda baru nak mula, tolong fokus dulu pada satu produk affiliate. Jangan buat beberapa aktiviti promosi secara serentak. Binalah kempen promosi satu persatu, lihat dulu cara mana yang berhasil.

 

2 – Tolong Ikut Proses.

 

Pertama sekali, anda perlu ada ilmu. Kemudian anda kenalah tahu tentang produk yang anda nak promosikan tu. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran ini.

 

3 – Tolong Jadi Unik.

 

Boleh tiru orang lain yang dah berjaya tapi tolong jangan meniru teknik orang lain bulat-bulat tanpa memahaminya. Cari sudut lain yang mana orang lain tak buat atau cari kelebihan anda sendiri yang orang lain tak ada.

 

4 – Tolong Konsisten dan Bawak Bersabar.

 

Dalam bisnes affiliate khususnya cara promosi percuma, perlukan konsistensi dan mengambil masa. Ramai yang gagal kerana mereka tidak sabar! Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. Ada orang gagal sebanyak 100 kali sebelum berjaya.

 

5 – Tolong Berdisiplin.

 

Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kena susun apa yang nak buat dan bertindak. Kurangkan buat benda yang tak bermanfaat. Jangan mudah berpuas hati dengan kerja anda.

 

Kesimpulan

 

Kalau kena dengan caranya, affiliate mungkin boleh jadi sumber pendapatan yang konsisten buat anda. Menariknya, kalau kita dah set up satu pelan affiliate yang teratur, hanya copy-paste sahaja untuk program affiliate yang lain. Nanti kami kongsikan caranya.

 

Silakan share untuk manfaat bersama ya!

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: