TIPS BANGKIT DARI GAGAL BISNES

Tak ada siapa yang mahukan kegagalan bukan? Walaupun ada yang kata “gagal dulu baru boleh berjaya” namun gagal itu bukanlah pilihan yang suka dicari. Tambah lagi jika gagal itu melibatkan wang ringgit..

 

Kegagalan sememangnya amat pahit untuk ditelan. Kali ini Tim Evo Bisnes nak kongsikan kepada anda beberapa tips untuk bangkit dari kegagalan bisnes. Paling utama adalah:

 

“Jangan Semudahnya Berputus Asa dan Meyerah Kalah”

 

Nak bangkit semula memang perlukan usaha dan sedikit masa. Berikut adalah 5 tips yang anda boleh amalkan.

 

1 – Besyukur dan Redha.

 

Walaupun dalam kegagalan, pasti ada sesuatu yang mampu kita syukuri. Pasti ada sedikit pencapaian yang boleh kita banggakan. Cuba lihat dan perhatikan, ada tak mereka yang kurang bernasib baik dari kita? Percayalah, bersyukur dengan nikmat yang sedikit akan menarik nikmat yang lebih besar.

 

2 – Teruskan Berfikir Positif.

 

Jangan berhenti dari fikirkan sesuatu yang positif. Bila kita berhenti berfikir benda-benda yang positif, kita akan mudah berasa down dan ini akan menarik lebih banyak perkara-perkara yang negatif.

 

3 – Bergerak Berjemaah.

 

Jangan bergerak bersendirian, cari kumpulan yang mampu menyokong anda untuk bangun semula. Berdamping dengan mereka yang positif sedikit sebanyak anda akan terkena tempiasnya.

 

4 – Jangan Menyendiri.

 

Pergi bersosial kerana menyendiri akan buatkan anda lebih mudah berputus asa. Cuba bersukan atau hadiri seminar bisnes atau motivasi untuk bantu anda membina kekuatan diri anda semula.

 

5 – Rancang Pelan Kebangkitan Anda.

 

Gunakan segala masa yang ada untuk melihat apa punca kegagalan dan kelemahan selama ini. Seterusnya perbaiki hala tuju dan rancang aturgerak untuk anda bangkit semula. Cuba capai kejayaan sedikit demi sedikit.

 

Kesimpulan

 

Paling penting untuk bangkit semula, ia memerlukan komitmen diri anda sendiri serta sokongan dari mereka yang ada di sekeliling anda. Jangan terus bertindak drastik untuk bangkit semula, bermulaha semula dengan perlahan tetapi konsisten.

 

Semoga bermanfaat.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: