TEKNIK AIDA: TEKNIK COPYWRITING EVERGREEN!

Nak menulis copywriting atau ayat iklan tak boleh secara hentam keromo sahaja. Kelak iklan anda akan sunyi sepi, tak ada yang respon. Teknik AIDA adalah satu teknik evergreen yang boleh digunakan semasa menulis copywriting. AIDA yang abam nak cerita ni adalah satu formula copywriting yang paling popular untuk buat ayat iklan. Boleh dikatakan asas kepada banyak formula iklan yang lain. Cikgu abam kata “ini bapak segala formula copywriting!”

Tujuannya teknik AIDA tak lain adalah untuk memudahkan penjual menulis iklan supaya lebih tersusun dan berkesan menarik perhatian prospek untuk membacanya.

aida teknik

Formula Teknik AIDA

Apa itu Formula Copywriting AIDA?

A – Attention/Perhatian

I – Interest/Minat

D – Desire/Keinginan

A – Action/Tindakan

 

Ok, formulanya dah tahu. Tapi tahu ke macam mana nak guna formula AIDA ini? Setakat tahu tapi tak reti apply, copywriting akan tetap kelaut biru. Tapi.. Kalau yang otai dan yang dah biasa buat iklan mungkin tahu kot..

 

Kita pergi satu demi satu.

 

Attention/Minat

 

Ayat ini harus bertujuan untuk menarik perhatian prospek atau bakal prospek dengan kadar segera. Selain gunakan bahan grafik, kita sering gunakan ayat berbentuk Headline untuk menarik perhatian pembaca. Insha Allah Tim Evo Bisnes akan terbitkan satu artikel khas mengenai teknik menulis headline yang berkesan nanti.

 

Interest/Minat

 

Berikan sesuatu yang menimbulkan minat terhadap produk yang dipromosikan. Anda boleh ketengahkan mengenai pernyataan masalah atau terangkan ciri dan manfaat produk kepada prospek.

 

Desire/Keinginan

 

Berikan solusi kepada masalah prospek. Anda perlu kuatkan lagi minat prospek sehingga timbul rasa keinginan untuk memilikinya. Jika boleh, olah ayat anda supaya dapat mempengaruhi emosi mereka untuk membeli atau menerima produk anda.

 

Action/Tindakan

 

Seterusnya apa yang anda mahu pembaca anda lakukan? Berikan Call to Action (CTA) untuk mereka bertindak sama ada untuk klik, whatsapp, telefon dan sebagainya.

 

Contoh Iklan

 

Berikut adalah satu contoh iklan copywriting pendek yang menggunakan formula AIDA. Produk yang dijual adalah sebuah buku fizikal dan dipromosikan menggunakan platform Facebook.

 

contoh iklan aida

 

Bagaimana? Boleh buat kan..

 

Kesimpulan

 

Jika anda baru belajar menulis copywriting iklan, guna sahaja dulu teknik AIDA. Bila anda dah selalu buat nanti, dari masa ke semasa anda akan nampak bila dan bagaimana nak perbaiki iklan anda. Practice makes perfect!

 

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan supaya lebih ramai kenal AIDA kita ni!

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: