SUSAH CARI PELANGGAN UNTUK BISNES ANDA? GUNAKAN ‘2M’ NI!

Ramai penjual mengadu susah nak cari pelanggan untuk bisnes mereka. Mereka terpaksa berhabis masa, tenaga dan wang ringgit untuk cari pelanggan tetapi rupa-rupanya pelanggan tersebut tak berkualiti.

Kenapa perlu nak dapatkan pelanggan yang berkualiti?

  • Jimatkan kos, wang dan tenaga untuk mencari pelanggan.
  • Dapatkan pelanggan yang membeli berulang kali.
  • Mewujudkan pelanggan setia atau tribes.
  • Mudah untuk close sales.

 

Gunakan 2M

Bagaimanakah 2M dapat membantu anda mengenalpasti pelanggan ideal bagi bisnes anda?

 

“2M = Ideal Customer”

 

Prospek yang anda cuba sasarkan perlulah memenuhi kedua-dua kriteria 2M ini. Mereka wajib MINAT dan MAMPU. Wajib penuhi kedua-duanya, jika hanya salah satu maka ia ibarat seorang prospek yang tempang dan bukannya pelanggan ideal anda.

 

M – Minat

Syarat pertama adalah prospek tersebut perlulah mempunyai rasa minat ke atas produk atau servis anda. Jadi, masalahnya mungkin adalah bagaimana nak kesan sama ada mereka berminat atau tidak?

 

Mereka (prospek) akan rasa minat sekiranya:

  • Mereka ada masalah yang ia dapat selesaikan.
  • Mereka kenal seseorang yang ada masalah tersebut (mungkin keluarga, rakan dan sebagainya)
  • Mereka dah ada elemen TRUST kepada anda.
  • Mereka dah selalu nampak iklan anda dan mereka rasa mereka mungkin perlukannya.
  • Anda telah mampu mengatasi halangan mereka (handle objections).

 

M – Mampu

Syarat kedua adalah prospek perlulah seseorang yang berkemampuan. Dalam hal ini, mereka perlu:

  • Mampu untuk menggunakan produk atau servis yang anda tawarkan.
  • Mampu membayar pada harga yang anda tawarkan.

 

Jadi, adakah prospek anda memenuhi kriteria 2M ini?

 

Contoh Prospek Yang Salah

Anda menjual Supplement Bina Otot yang berharga RM200 setiap satu. Prospek anda adalah lelaki muda yang sering ke gym untuk kelihatan tegap namun hadapi masalah untuk mendapatkan otot yang diinginkan.

 

Kesilapannya mungkin anda memilih lelaki muda yang kurang berkemampuan untuk membayar harga yang ditawarkan. Jadi anda akan berhadapan dengan prospek yang ada banyak halangan dan kurang kuasa membeli. Kesudahannya anda akan susah untuk close sales dan prospek asyik minta kurangkan harga.

 

Ubahsuai sedikit, pilih lelaki muda yang masih bujang, berpendidikan dan berkerjaya. Mereka masih rendah komitmen kewangan dan ada kuasa berbelanja.

 

Kesimpulannya, pilihlah prospek yang tepat untuk dijadikan sebagai pelanggan ideal kita. Semoga dengan perkongsian kriteria 2M ini dapat membantu anda.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.

 

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

One thought on “SUSAH CARI PELANGGAN UNTUK BISNES ANDA? GUNAKAN ‘2M’ NI!

  • 31 December 2017 at 9:14 am
    Permalink

    kupasan yang menarik …

    minat dan mampu adalah dua elemen yang tidak boleh diabaikan atau dipisahkan begitu sahaja

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: