SEBELUM MULA BISNES, BUAT BENDA NI DULU…

Sebelum mula bisnes, banyak checklistnya. Kali ini Tim EvoBisnes nak berikan tips yang agak penting, terutamanya buat usahawan online yang baru nak mula bisnes. Ramai usahawan yang rugi besar kerana tak buat benda ni apda peringkat awal.

 

Baiklah, kami nak bawa anda ke suatu keadaan ini. Katakanlah anda dah ada produk atau idea bisnes yang nak dimulakan, dan segala perkiraan keadaan mungkin telah dilakukan sebaiknya. Anda sekarang penuh yakin 100% bahawa bisnes ni akan berjaya dan boleh pergi jauh.

 

Adakah ia masa paling sesuai untuk mula berniaga?
Laburkan duit beli stok dan sebagainya?

 

Buat Benda Ni Dulu!

 

Sebelum mula bisnes, anda wajib buat 1 langkah penting ini dahulu.

 

VALIDATE!

 

Baru first time dengar? Atau dah biasa dengar?

Tapi tak buat…

Baik, apakah relevannya validasi dalam bisnes?

 

Validasi adalah langkah yang kita laksanakan untuk melihat sama ada produk atau idea bisnes kita tu boleh dijual atau tidak. Ada permintaan atau sebaliknya. Tidaklah kita syok sendiri membebel kehebatan produk kita tapi tak mampu terjual.

 

Tahu atau Tak Tahu?

 

Tahu dan yakinkah anda bahawa produk atau idea bisnes anda tu boleh dijual? Ada data atau fakta yang menyokong anda? Berapa harga yang sanggup pelanggan bayar?

Sebenarnya, semua ini mampu dikenalpasti setelah melakukan proses validasi. Proses validasi bukan sahaja sekadar menguji idea bisnes, malahan anda mampu melihat kadar permintaan serta mengenalpasti segmen pelanggan yang sanggup membayar.

 

Bagaimana Caranya?

 

Cara ini paling sesuai dan popular digunakan oleh ramai usahawan di dunia. Katakan anda mempunyai satu produk baru yang hendak dipasarkan. Cara yang paling mudah dan instant result adalah seperti berikut:

 

1.   Dapatkan info produk dan gambar atau video.

2.   Cuba jualnya secara online walaupun anda masih belum mempunyai stok produk. Anda boleh cuba jual di Facebook, Instagram, Marketplace, Whatsapp dan sebagainya.

3.   Buat promosi tersebut secara konsisten dan lihat respon yang diterima sekitar tempoh 24 jam.

4.   Jika tiada yang berminat, mungkin produk tiada sambutan atau disebabkan faktor-faktor lain seperti audiens, platform dan masa.

5.   Jika ramai yang berminat dan sanggup membayar, mungkin anda telah menemui produk yang sesuai untuk bermula.

6.   Barulah anda buat keputusan mendapatkan stok atau mencari pembekal yang menawarkan dropship produk berkenaan.

 

Kesimpulan

 

Walaupun cara ini nampak remeh, namun ia sering dipraktikkan oleh usahawan-usahawan yang ternama. Cara ini digemari kerana ia memberikan instant result disamping tidak memerlukan kos yang besar untuk dibelanjakan. Paling menarik, ia sesuai digunakan sama ada untuk validasi produk atau perkhidmatan.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, harap dapat dikongsikan dengan rakan-rakan usahawan lain bagi membantu mereka membuat validasi sebelum menjual.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

One thought on “SEBELUM MULA BISNES, BUAT BENDA NI DULU…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: