SAYA JUAL PRODUK YANG TERBAIK DI DUNIA. TAPI KENAPA ORANG TAK BELI?

Seorang penjual online pasti akan rasa stress kalau produk mereka tak boleh dijual atau orang tak beli, tambah lagi kepada mereka yang memegang stok. Padahal produk tu memang hebat, hasil kajian universiti, menang anugerah, ada logo halal KKM dan sebagainya. Tapi sales masih lembab..

 

Orang Tak Beli…

Sebenarnya Tim Evo Bisnes selalu jumpa kes macam ni. Ramai yang alaminya rasa give up nak teruskan berniaga. Yelah, produk berlambak tapi orang tak beli.. Kali ni kami nak share 3 punca prospek tidak membeli produk anda.

 

1 – ORANG TAK TAHU PRODUK TU ADA

 

Anda rasa semua orang dah tahu tentang produk anda tapi sebenarnya masih ramai yang tak tahu produk tu wujud. Macam mana mereka nak beli kan?

 

Jadi anda kena pastikan yang anda buat pemasaran yang konsisten dan menyeluruh kepada seramai mungkin prospek supaya mereka sedar kewujudannya.

 

2 – ORANG TAHU PASAL PRODUK TAPI TAK TAHU VALUE NYA

 

Anda kena sampaikan dengan jelas apa yang ditawarkan, apa nilai yang nak disampaikan serta masalah apa yang hendak diselesaikan. Mesej jualan perlu disampaikan dengan ringkas dan padat.

 

Tips: Jangan syok sendiri dengan produk anda. Gunakan gambar dan copywriting yang menyentuh emosi prospek.

 

3 – ORANG DAH TAHU PASAL PRODUK DAN FAHAM VALUE TAPI TAK MEMERLUKANNYA

 

Promosi dah dibuat secara meluas dan ramai yang dah faham tetapi ramai yang masih tak membeli. Mungkin mereka tak perlukan produk yang anda tawarkan.

 

Jadi anda kena pastikan anda memilih prospek yang betul. Bina customer avatar anda dan cari di mana mereka sebenarnya berada.

 

Kesimpulan

 

Produk yang hebat sekalipun tak akan terjual dengan sendirinya jika tiada aktiviti pemasaran yang dilaksanakan. Pemasaran juga hanya berkesan jika ia disasarkan kepada orang yang betul.

 

Jika anda berasakan artikel ini bermanfaat, mohon dikongsikan supaya dapat membantu lebih ramai lagi usahawan.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: