PENTINGNYA UNTUK KENAL PELANGGAN ANDA

Kenal Pelanggan: Customer Avatar

Untuk mengenalpasti siapa prospek dan siapa pelanggan ideal anda adalah keutamaan nombor satu bagi mana-mana bisnes sekalipun tambahan lagi jika anda berkecimpung dalam bisnes online.

 

Zaman IT ini, lebih mudah untuk bina dan kembangkan bisnes online sekiranya anda kenal siapa prospek dan pelanggan ideal anda. Malah, makin susah nak bina bisnes online anda jika anda tidak meluangkan masa untuk belajar tentang audiens anda, keperluan, keinginan, ketakutan, dan sebagainya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai customer avatar.

 

Ilmu Customer Avatar

 

Ramai usahawan yang tak mendalami ilmu customer avatar ini dan telah membazirkan banyak masa dan wang ringgit membuat iklan dan pemasaran ‘berteraburan’ yang tidak sesuai dan lari dari sasaran.

 

Pentingnya customer avatar adalah seperti petikan kata-kata Eben Pagan ini,

 

“When you really understand your customer and what their needs are, you can create things that speak directly to them and really meet their needs.”

 

Mula-mula anda perlu kenal secara mendalam pelanggan anda untuk ketahui:

 

  • Siapa sebenarnya orang yang nak anda bantu?
  • Apakah masalah mereka sebenarnya?
  • Apakah solusi yang diperlukan?

 

Bila dah terjawab soalan itu, barulah anda boleh cipta iklan, copywriting dan sebagainya secara custom made berdasarkan hasil kajian anda.

 

Hasilnya, anda seakan-akan bercakap terus kepada mereka, iaitu pelanggan ideal yang anda sasarkan.

 

Baca lebih lanjut mengenai pelanggan dalam artikel 3P ini.

 

Bagaimana Nak Guna?

 

Setelah anda bina customer avatar anda, bayangkan imej mereka dalam fikiran anda seakan-akan mereka benar-benar wujud di hadapan anda. Kemudian setiap kali anda menulis ayat copywriting, tulis khas untuk mereka seperti anda bercakap terus dengan mereka. Gunakan bahasa harian mereka.

 

Ini akan mewujudkan perasaan yang sangat peribadi dan mesra kepada pembaca dan membantu mesej anda sampai dan hadam dengan lebih cepat kerana mereka merasakan bahawa anda bercakap dengan mereka secara langsung.

 

Hasilnya Nanti…

 

Ramai usahawan yang bisnes mereka berubah lebih baik setelah mereka apply customer avatar ini. Antara kesan lain yang mungkin akan membantu anda adalah:

 

  • Lebih pantas membina kepercayaan (trust).
  • Mudah untuk close sales.
  • Kepuasan pelanggan.
  • Elak pembaziran dalam marketing.
  • Mudah untuk kita segmentasikan pelanggan.

 

 

Semua ini mungkin kelihatan remeh, tetapi akan memberikan impak kepada bisnes anda. Paling tidak pun anda akan dapat jimatkan masa dan kos.

 

Anda belajar sesuatu tak? Jika ya dan anda rasakan artikel ini bermanfaat, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.

 

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

One thought on “PENTINGNYA UNTUK KENAL PELANGGAN ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: