BINA KREDIBILITI ANDA SEKARANG!

Sebelum ini Tim Evo Bisnes ada kongsikan satu artikel mengenai membina kredibiliti di media sosial. Ini sambungannya iaitu bagaimana nak bina kredibiliti itu sedikit-demi sedikit mulai sekarang.

 

Artikel terdahulu: Bagaimana membina kredibiliti di media sosial.

 

Harus diingat, bina kredibiliti mulai sekarang. Bukan tunggu dah jadi famous atau jadi pakar baru nak bina semua tu. Jadi, bagaimana nak buat?

 

“Trust takes years to build, seconds to break and forever to repair”

 

Mula Bina Kepercayaan

 

Dalam artikel yang lepas kita tahu bahawa kredibiliti adalah kebolehpercayaan. Di sini kita nak pupuk kepercayaan dan keyakinan prospek terhadap diri kita sebagai penjual. Contoh paling mudah kita lihat bagaimana nak lakukannya di Facebook.

 

Ada dua cara untuk berniaga di Facebook iaitu dengan menggunakan Profile FB atau Fanpage. Kebanyakan penjual yang baru nak bermula akan menggunakan cara pemasaran percuma iaitu menggunakan Profile FB.

 

Gambar di bawah menunjukkan 7 perkara asas wajib buat untuk menjadikan Profile FB anda lebih menarik dan profesional:

bina kredibiliti fb

 

1 – Gambar Profile

 

Paling utama tukar gambar profile anda dulu, sewajarnya gambar diri anda sendiri. Bukannya gambar kucing, gambar produk atau gambar teratai layu di tasik madu..

 

Tips: Prospek anda manusia kan? Mereka pasti lebih selesa berurusan dengan manusia!

 

2 – Nama

 

Nama seboleh-bolehnya dalam dua patah perkataan, tiap satunya terdiri dari dua-tiga sukukata. Gunakan nama sebenar anda atau singkatan. Jika mahukan kelainan, cipta suatu watak yang boleh melekat di hati pembaca. Contohnya:

 

Mo/hd Ai/man

Ros/ha/na Ab/dul

A/laud/din Zi/han

Cik/gu Drop/ship

 

3 – Timeline Cover

 

Bila prospek singgah di Profile FB anda, timeline cover ini akan menarik perhatian mereka. Ianya ibarat header atau banner atau signboard yang tunjukkan siapa anda.

 

4 – Intro

 

Gunakan sepenuhnya ruangan intro untuk menerangkan secara ringkas siapa anda dan apa yang anda tawarkan. Terhad untuk  101 aksara sahaja.

 

5 – About

 

Anda boleh letakkan maklumat mengenai diri anda di bahagian ini termasuklah biografi, pekerjaan, perniagaan anda dan sebagainya. Jangan lupa untuk masukkan alamat laman web anda jika ada.

 

6 – Featured Photo

 

Anda boleh letakkan sehingga 9 foto di bahagian ini juga sebagai intro kepada bisnes anda. Nak letak gambar apa?  Lebihkan gambar mengenai bisnes anda. Ianya boleh berfungsi sebagai portfolio anda.

 

7 – Konten

 

Konten mestilah bermanfaat kepada pembaca, dan kalau boleh ditulis sendiri. Tak reti? Tulislah sedikit demi sedikit secara konsisten. Pandai tu akan datang kemudian.. (Cuba ingat balik teknik menulis karangan yang belajar kat sekolah dulu).

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, asah kredibiliti anda mulai sekarang. Siapa lagi yang nak mulakan jika bukan kita sendiri.. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan?

 

Kongsikan artikel ini di sosial media anda supaya rakan penjual yang lain juga menjadi penjual yang berkredibiliti.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: