BAGAIMANA MEMBINA KREDIBILITI DI MEDIA SOSIAL?

Dalam masyarakat Malaysia pada hari ini, media sosial banyak memainkan peranan dan memberikan pengaruh yang sangat besar. Malah, majoriti netizen lebih percayakan sumber berita dan maklumat dari internet khususnya media sosial.

 

Menurut satu statistik yang dikeluarkan oleh oleh laman We Are Social & Hootsuite mengenai pengguna Internet di Malaysia (berakhir Jan 2018), daripada 31.83 juta penduduk pada ketika itu 25.08 juta daripadanya adalah pengguna Internet manakala 24 juta adalah pengguna media sosial yang aktif. Platform media sosial yang dilaporkan paling aktif pula adalah Facebook.

 

statistik media sosial

 

Kita tahu ada dua kategori pengguna Facebook iaitu mereka yang nak bersosial dan mereka yang berniaga online. Disini jelas bahawa mereka yang berniaga online perlu menarik pengguna Facebook yang bersosial (suspek) menjadi prospek dan seterusnya pembeli mereka. Ia hanya boleh dilakukan jika wujud kredibiliti pada penjual dan adanya TRUST!

 

Kredibiliti Penjual

 

Kredibiliti menurut rujukan Dewan Bahasa dan Pusaka adalah satu sifat boleh dipercayai atau diyakini. Dalam bahasa mudah, kebolehpercayaan.

 

Disebabkan banyak kes penipuan jual-beli yang berlaku, prospek akan lebih berhati-hati membeli. Mereka hanya akan membeli dari penjual yang sudah mereka percayai. Antara elemen yang membantu membina kredibiliti di media sosial adalah:

 

1 – Engagement

 

Di media sosial, engagement seperti LIKE, COMMENT & SHARE adalah bukti sosial (social proof) yang menyokong kredibiliti seseorang. Pada pandangan netizen, mereka yang tinggi engagement ini lebih kredibel.

 

2 – Komen

 

Bahagian komen juga penting kerana selalunya prospek akan baca pada bahagian ini dahulu. Pastikan komen-komen yang murni sahaja di bahagian komen anda ya.

 

3 – Konten

 

Apa yang anda tulis dan kongsikan jiga akan dinilai oleh prospek. Jangan asyik post copywriting menjual sahaja. Jika perkongsian anda menarik dan ada nilai (value), kredibiliti anda akan naik lebih pantas.

 

4 – Review

 

Seperti juga komen, review yang ditinggalkan oleh pembeli lain terhadap anda sangat bernilai. Review yang negatif akan membunuh kredibiliti anda.

 

5 – Testimoni

 

Disamping menaikkan kredibiliti anda, testimoni juga adalah trigger untuk menjentik nafsu prospek untuk membeli. Testimoni paling berkesan adalah testimoni sebelum dan hasil selepas menggunakan produk. Trend sekarang, prospek lebih sukakan testimoni yang asli dan natural.

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, kredibiliti yang ada pada seorang penjual memainkan peranan yang sangat penting. Bila prospek sudah yakin dengan kredibiliti anda, apa saja yang anda jual akan ada pembelinya.

 

Kongsikan artikel ini di sosial media anda supaya rakan penjual yang lain juga menjadi penjual yang berkredibiliti.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: