7 ELEMEN SABOTAJ YANG MERUGIKAN USAHAWAN

Dalam dunia bisnes, setiap langkah dan keputusan amat penting kerana setiap satunya akan memberikan kesan dan akibat yang berbeza. Seringkali kita sangkakan, orang lain khususnya pesaing yang melingkupkan bisnes kita. Namun mungkin ramai yang tidak sedar bahawa dalam kebanyakan kes, ianya berpunca dari diri sendiri.

Kali ini Tim Evo Bisnes nak kongsikan 7 elemen sabotaj yang merugikan usahawan, yang kebanyakan usahawan tidak sedar.

 

1  Cakap Tak Serupa Bikin

 

Mulut manusia ni memang manis kalau berbicara, namun tak semua yang kita cakap tu kita buat. Sebagai usahawan, orang lain mendengar apa yang kita kata dan melihat apa yang kita buat. Jika apa yang kita buat tu tidak selari dengan apa yang kita cakap, maka mereka akan mula memandang serong dan kredibiliti usahawan tersebut akan merosot.

 

2  Terlebih Cakap

 

Kita sebagai penjual tak perlu banyak bercakap dan membebel panjang. Mereka akan lekas bosan. Biar pelanggan cakap apa yang mereka mahukan dan kita cuba selesaikan apa yang mereka mahukan. Kalau boleh, cakap hanya bila perlu.

 

3  Kemahiran Komunikasi Yang Lemah

 

Ketika berkomunikasi, biarlah jelas dan yakin apa yang kita sampaikan. Semasa membuat presentation  atau close sales, semua yang kita cakap atau tulis memainkan peranan. Pelanggan sentiasa mendengar dan memerhati dan jika mereka hilang fokus mungkin kita akan gagal mempengaruhi dan memikat minat mereka membeli.

 

4  Tidak Kenal Produk atau Servis

 

Anda sebagai penjual seharusnya tahu A to Z tentang bisnes, tawaran, produk atau servis anda. Ambil tahu apa yang anda tawarkan kepada mereka. Jika tak tahu, banyakkan bertanya dan carilah ilmu yang sepatutnya. Master your product.

 

5  Sikap Malas

 

Ini merupakan penyakit yang banyak berlaku. Seringkali malas ini disebut sebagai punca yang memusnahkan banyak yang telah kita usahakan. Segala-galanya malas. Malas nak mencari ilmu, malas nak cari prospek, malas nak kerja, malas nak packing dan bermacam-macam lagi.

 

6  Memburukkan Pesaing

 

Memang sedap kalau kita bercakap mengenai orang lain, kadangkala sehingga termengumpat dan terlepas cakap. Jangan asyik kondem keburukan bisnes dan produk pesaing kita, nanti akan memakan diri. Cubalah fokus pada bagaimana untuk memperbaiki dan memajukan bisnes kita sendiri.

 

7  Cepat Berasa Puas dan Selesa

 

Jangan terlalu cepat dan mudah untuk berasa puas dan selesa dengan apa yang kita capai. Walaupun kita dah capai sesuatu kejayaan, mungkin ada ruang lagi yang boleh diperbaiki. Cuba setkan cabaran untuk setiap yang kita lakukan supaya yang dah baik menjadi lebih baik lagi.

 

Kesimpulan

 

Demikian tadi 7 perkara yang boleh kita ambil iktibar, kesemuanya berpunca dari diri sendiri dan berada dalam kawalan. Jadikan semua point ini sebagai semakan dan audit kembali diri kita sebagai usahawan.

 

Jika anda rasakan artikel ini memberi manfaat, mohon kongsikan dengan yang lain. Mungkin bakal memberikan manfaat juga kepada yang membacanya nanti.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

One thought on “7 ELEMEN SABOTAJ YANG MERUGIKAN USAHAWAN

  • 5 May 2018 at 2:21 am
    Permalink

    Betul, kadang kite tak prasan ape yg kita buat tu rosakkan diri sendiri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: