5 TIPS MUDAH URUS KEWANGAN UNTUK DROPSHIP

Majoriti peniaga yang buat bisnes secara dropship tak nampak peri pentingnya untuk menguruskan kewangan dengan baik. Pada mereka, ia hanya sekadar bisnes kecil atau part time sahaja. Namun sebenarnya, mengurus kewangan perlulah dimulakan sejak awal berniaga, jika kita serius nak kekal berniaga pada masa akan datang.

 

Kali ni Tim Evo Bisnes nak kongsikan beberapa tips  mengurus kewangan khusus untuk agen dropship atau mereka yang baru nak bermula dalam bisnes.

 

Ok, terus kepada tips kita. APA YANG PERLU BUAT?

 

1 – Asingkan Duit.

 

Duit bisnes dengan duit sendiri kena la asingkan. Jangan terlalu konfiden sangat yang kita boleh urus duit dengan mudah. Kelabu mata jugak sesetengah orang.. Kalau tak asingkan memang agak parah nanti terutamanya bagi mereka yang modal kecik nak pusing modal. Mesti ada yang short nanti..

 

2 – Gunakan Teknologi.

 

Teknologi sekarang dihujung jari, banyak sangat yang FREE. Gunakanlah sebaiknya. Banyak software dan apps yang bantu mudahkan kerja bookeeping dan menguruskan akaun, tak perlulah kira transaksi secara manual terutamanya jika ianya dalam jumlah yang banyak. Paling teruk pun, gunakan Microsoft Excel.

 

3 – Gunakan Apa Yang Ada.

 

Nak mulakan merekod, gunakan dulu apa yang ada. Kalau tak ada smatphone, rekodlah manual dulu dalam buku khas. Tak semestinya kena beli buku akaun dan lejar yang besar gedabak sebab nak mula. Nak tunggu semuanya ada memang sampai bertahunlah tak akan bermula.

 

4 – Catit dan Rekod.

 

Pastikan anda catit dan rekod semua transaksi penting seperti belian, jualan, duit masuk, duit keluar, stok dan sebagainya. Simpan semua rekod-rekod penting seperti bil, invois dan resit. Banyak gunanya nanti.

 

5 – Jangan Bertangguh.

 

Terus buat ya, jangan bertangguh-tangguh. Makin kita bertangguh, transaksi makin banyak. Mungkin akan ada yang tertinggal atau kita terlupa. Mungkin juga tak terbuat atau terpaksa upah pihak ketiga untuk buat.

 

Kesimpulannya..

 

Harapnya lepas kami share ilmu ni, sahabat semua mendapat manfaat dan sedikit pencerahan tentang pentingnya mengurus kewangan walaupun kita hanya seorang agen dropship. Yang belum buat, boleh mula selow-selow dari sekarang ya.. Mohon jasabaik untuk SHARE ilmu bermanfaat ni kepada rakan bisnes yang lain agar mereka juga dapat manfaatnya.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: