5 CARA NAK KEKALKAN PELANGGAN SETIA SEDIA ADA

Pelanggan oh Pelanggan setia! Bila berniaga pasti wujud urusan jualbeli dan wujudnya pelanggan. Pelanggan adalah mereka yang telah membeli daripada anda. Namun demikian, dalam kamus Tim Evo Bisnes, ada wujud perbezaan diantara pembeli dan pelanggan.

 

Siapakah pelanggan anda?

 

Kami amat yakin bahawa semua peniaga mahukan semua pembeli atau pengguna produk atau servis mereka menjadi pelanggan mereka. Pelanggan bermaksud mereka yang membeli berulangkali atau terus membeli produk secara berkala. Mereka ini kita gelarkan pelanggan setia!

 

Namun ia bukan usaha yang mudah. Ia memerlukan sedikit usaha yang perlu anda buat untuk kekalkan pelanggan sedia ada supaya mereka tidak lari ke pesaing anda.

 

Jadi apa yang harus anda lakukan agar pelanggan tidak berpindah ke pesaing dan terus menjadi pelanggan setia anda? Berikut ada 5 cara yang boleh anda terapkan.

 

Cara 1: Utamakan Kualiti Supaya Pelanggan Setia

 

Jangan kompromi bab kualiti, jadikan ianya keutamaan anda. Ini termasuklah kualiti produk dan kualiti anda sebagai penjual. Kualiti juga penting jika bisnes anda nak berkembang. Memang hal QC (Quality Control) adalah tanggungjawab vendor tetapi sebagai penjual kita harus mainkan peranan kita. Sentiasalah berkomunikasi untuk pastikan pelanggan mendapat produk yang berkualiti.

 

Cara 2: Milikilah Kelebihan Berbanding Pesaing

 

Jika dibandingkan anda dengan pesaing lain, anda wajar muncul sebagai pemenang. Adalah BONUS jika produk yang anda niagakan memiliki kelebihan yang tersendiri. Mungkin dari segi saiz, harga, kemasan, rasa dan sebaginya. Namun bagaimana pula jika anda dan pesaing anda menjual produk yang sama?

 

Anda cuba tonjol nilai yang lebih. Contohnya seperti freegift, konsultansi, support yang bagus dan sebagainya.

 

Cara 3: Cuba Berinovasi

 

Produk yang anda jual itu perlu berubah mengikut keadaan. Mungkin anda boleh dapatkan maklumbalas dari pengguna sendiri. Ia mungkin inovasi pada kemasan, rasa yang lebih variasi atau layanan yang lebih mesra.

 

 

Cara 4: Cipta Varisi Produk

 

Adalah bagus jika vendor anda mempunyai strategi pengembangan produk melalui varian-varian baru. Keperluan pengguna juga sering berubah dan mungkin mereka ada masalah lain yang perlu anda selesaikan. Mungkin masalah jerawat mereka dah selesai dan mereka perlukan krim pemutih kulit pula kan?

 

Cara 5: Promosi Yang Konsisten

 

Anda perlu membuat perancangan promosi yang konsisten dan berterusan. Jika tak buat, anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing yang melakukannya kerana manusia sukakan sesuatu yang menarik dan baru. Antara promosi yang boleh dibuat adalah seperti diskaun, gimik, pakej, bundle dan banyak lagi. Yang penting promosi perlulah kreatif dan inovatif.

 

Kesimpulan

 

Anda dah banyak laburkan kos untuk pemasaran dan mendapatkan pelanggan, jadi apa salahnya usaha lebih sedikit untuk kekalkan mereka. Lebih jimat dan berbaloi dari asyik nak dapatkan pelanggan baru sahaja kan?

 

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, mohon klik button share untuk dikongsikan dengan yang lain ya.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: