4 Sebab Utama Pemasaran Email Kekal Relevan

Semenjak kemunculan media sosial besar seperti  Facebook,   Twitter dan Instagram pemasaran email sudah semakin dilupakan. Maklumlah, dengan trafik yang tinggi dan senang untuk target prospek, ianya menjadi medium utama untuk peniaga-peniaga memasarkan produk mereka.

Trend ini sangat jelas terutamanya bagi peniaga-peniaga yang baru. Bukanlah maksud kami untuk mengatakan trend seperti ini tidak bagus, tapi kenapa hanya perlu bergantung kepada satu sumber sahaja?

 

Mari kita putar kembali masa kepada setahun sebelum munculnya media sosial seperti Facebook. Dulu media sosial seperti  Friendster,  Myspace dan Tagged sangat popular dan banyak digunakan untuk bersosial terutamanya golongan remaja dan pelajar sekolah. Siapa yang tidak tahu  Friendster,   MySpace  atau  Tagged akan dikira ketinggalan zaman dan tidak mengikut trend terkini.

 

Cuba lihat sekarang, ke mana perginya  Friendster,  MySpace  dan  Tagged? Ianya sudah ditinggalkan dan mungkin jika ditanya, ramai yang tidak tahu kewujudan laman sosial tersebut.

Mungkinkah satu hari nanti media sosial seperti  Facebook,  Twitter dan Instagram juga akan jadi begitu? Mungkin ya, mungkin tidak. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

Tapi cuba anda fikirkan kembali, apa persamaan yang terdapat di antara semua media sosial tersebut?

 

Apa yang pengguna media sosial tersebut perlu ada untuk mendaftar akaun mereka di media sosial? Mereka perlukan akaun email untuk mendaftar!

 

Ya EMAIL! Kalau mereka tiada akaun email, mereka tidak akan dibenarkan untuk mendaftar akaun media sosial mereka.

Melalui salah satu infografik yang dikeluarkan oleh satu blog mengenai penggunaan masa pengguna internet dunia,  42% pengguna akan menghabiskan masa untuk membaca artikel atau konten,  22% akan menghabiskan masa di laman-laman sosial dan 36% lagi akan menghabiskan masa dengan membaca email, membeli-belah secara online dan melakukan carian di internet.

 

Daripada statistik ini, kita dapat lihat bahawa masa yang diperuntukkan untuk email, membeli secara online dan melakukan carian di internet adalah lebih banyak berbanding mereka meluangkan masa di media sosial. Tambahan lagi, jika anda melakukan urusan jual beli di internet, medium komunikasi utamanya adalah email.  Setiap transaksi jual beli secara automatik akan dihantar oleh sistem website kepada email pembeli.

 

Jika anda perhatikan di dalam infografik tersebut, 45% pengguna internet akan menghantar dan membaca email pada setiap hari manakala hanya 15% sahaja yang akan menggunakan media sosial pada setiap hari. Jadi, di saluran manakah yang anda harus fokuskan untuk anda lakukan teknik pemasaran anda? Fikir-fikirkan lah…

 

Menurut laporan statistik email 2012-2016 yang dikeluarkan oleh The Radicati Group Inc. , pemegang akaun email diseluruh dunia akan meningkat melebihi 4.3 billion menjelang hujung tahun 2016. Adakah pemasaran email tidak relevan? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain anda akan mempunyai 4.3 billion propek yang berpotensi untuk menjadi pelanggan anda.

Cuba anda buat carian mengenai pemasaran email melalui Google, antara carian tertinggi yang akan anda dapat adalah pemasaran email, rahsia pemasaran email dan teknik pemasaran email.

 

Jika anda lakukan carian mengenai email marketing di Google pula, antara carian tertinggi adalah email marketingemail marketing services, email marketing softwareemail marketing best practices dan email marketing tips. Jika benar pemasaran email sudah tidak relevan, mengapa kata kunci carian yang dinyatakan tadi masih wujud?

Bagaimana pula syarikat-syarikat penyedia servis pengurusan email masih lagi dapat bertahan dan mengaut untung yang banyak? Kenapa masih ramai lagi otai-otai di luar sana yang masih menggunakan pemasaran email sebagai salah satu medium utama pemaran mereka?

Antara sebab mengapa pemasaran email masih lagi relevan digunakan sekarang ialah:

 

#1 – Semua Orang Ada Email

 

Percaya atau tidak, sedar atau tidak sebenarnya sekarang ini ramai yang ada akaun email mereka sendiri. Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, setiap pemegang akaun media sosial pasti ada email kerana mereka wajib ada akaun email yang sah untuk mendaftar akaun di media sosial. Tetapi, tidak semua pemegang akaun email ada akaun media sosial.

 

Lihat sahaja mereka yang sudah berumur, rata-rata mereka lebih selesa berkomunikasi menggunakan email dan ada juga yang tidak tahu apa itu media sosial seperti Facebook,  Twitter  atau  Instagram. Jika anda mengabaikan pemasaran email sebagai salah satu medium pemasaran anda, sebenarnya anda telah terlepas ramai bakal pelanggan anda.

 

 

#2 – Boleh Dibuka Di Mana-mana Sahaja

 

Dengan kecanggihan teknologi sekarang, email sudah boleh dibuka di mana-mana sahaja. Lihat sahaja telefon pintar (smart phone) sekarang, sudah bermacam-macam aplikasi disediakan bagi  memudahkan  pengguna untuk akses kepada email mereka melalui telefon pintar sahaja. Yang lebih menarik lagi email yang dibuka melalui aplikasi ini mudah untuk dibaca oleh pengguna telefon pintar tersebut.

 

Tiada lagi masalah perlu mendapatkan komputer atau laptop untuk membuka email, dengan telefon sahaja anda sudah boleh buka email. Nampak atau tidak kerugian yang akan anda alami jika anda tidak menggunakan pemasaran email.

 

#3 – Database Pelanggan Terjamin

 

Dalam pemasaran email, anda perlu kumpulkan database senarai email pelanggan anda. Database merupakan satu aset yang terbesar dalam sesebuah perniagaan. Beberapa bulan yang lepas, kita digegarkan dengan penutupan banyak Fanpage perniagaan di Facebook. Ramai peniaga yang hilang punca pencarian akibat peristiwa tersebut.

 

Bagi peniaga yang bijak, mereka tidak risau kerana database pelanggan sudah ada pada mereka. Dengan hanya menghantar email kepada kesemua senarai pelanggan, mereka boleh bawa pelanggan mereka kepada fanpage baru tanpa bersusah payah untuk cari pelanggan baru.

 

#4 – Masih Digunakan Dalam Urusan Rasmi

 

Sedar atau tidak, zaman sekarang ini segala urusan rasmi banyak di sampaikan menggunakan email. Lihat sahaja badan-badan    kerajaan,  syarikat-syarikat  swasta malahan jawapan permohonan kerja juga disampaikan dengan menggunakan email. Secara tidak langsung, email merupakan sesuatu yang akan orang buka setiap hari.

 

Mengapa perlu hadkan medium pemasaran anda hanya kepada media sosial sahaja? Gunakan segala medium yang ada untuk maksimumkan capaian anda kepada pelanggan anda. Anda perlu fahan yang pelanggan anda ada di mana-mana sahaja.

 

Mereka tidak berada di laman-laman media sosial sepanjang hari. Fahami pelanggan anda dan cari di mana mereka berada dan sampaikan mesej mengenai produk atau servis anda di tempat-tempat pelanggan anda berada. Lebih banyak pendedahan mengenai produk atau servis anda kepada pelanggan anda, lebih mudah untuk mereka mengenali anda.

 

Janganlah terlalu taksub dengan satu medium pemasaran sahaja sehingga anda lupa yang medium lain sebenarnya berpotensi untuk memberikan impak yang besar kepada perniagaan anda.

 

Apa aang penting adalah anda perlu cuba dan cari medium yang mana satu lebih berkesan untuk pelanggan anda. Anda perlu ingat lain orang, lain cara pendekatannya. Sama juga seperti pelanggan anda, setiap pelanggan ada medium pemasaran yang anda boleh gunakan secara efektif kepada mereka.

(Sumber infografik: CreditLoan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: