4 IDEA UNTUK MEMPEROLEH KEBEBASAN KEWANGAN

Merujuk kepada Cashflow Quadrant Robert Kiyosaki, kebebasan kewangan adalah keupayaan anda untuk berada di Quadrant kiri dan melakukan sesuatu yang anda sukai kerana anda kini bebas hutang, tidak lagi menunggu gaji pada setiap hujung bulan. Bebas kewangan bermakna anda tidak perlu risau tentang kewangan anda atau merasa bersalah untuk membelanjakan wang.

 

Memandangkan tahun ini kita telah meraikan Hari Kemerdekaan ke 61, kali ini Tim Evo Bisnes nak kongsikan 4 idea untuk membebaskan diri daripada beban kewangan dan menikmati hidup sepenuhnya.

 

Idea 1 – Bezakan Keperluan dan Kehendak

 

Sebelum anda mula berbelanja untuk apa yang anda mahu, pastikan anda mempunyai cukup wang untuk memenuhi keperluan asas anda (makanan, tempat tinggal, pakaian, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan sebagainya) serta simpanan untuk masa depan. Sekiranya anda tidak dapat membayar bil isi rumah, maka anda mungkin perlu menangguhkan perbelanjaan itu.

 

Idea 2 – Jangan Terlibat Dengan Persaingan Tidak Sihat

 

Membandingkan diri sendiri dengan orang lain hanya akan membuatkan anda meragui diri sendiri. Orang yang kuat mentalnya tidak akan membuang masa atau tenaga mereka untuk bersaing bagi memiliki rumah terbesar atau kereta terpantas. Mereka mewujudkan definisi kejayaan mereka sendiri dan memberi tumpuan kepada matlamat kewangan mereka.

 

Idea 3 – Berbincang Dengan Pasangan Anda

 

Matlamat kewangan bersama dengan pasangan adalah sangat baik untuk jangka panjang. Duduk dan bincangkan tentang harapan, nilai dan bentuk gaya hidup yang anda inginkan. Dari situ, anda boleh menetapkan jangka pendek dan jangka panjang yang menggabungkan apa yang penting bagi anda berdua dan kelurga, sambil menguruskan belanjawan untuk membantu anda mencapai matlamat itu.

 

Idea 4 – Cipta Beberapa Langkah Yang Boleh Membawa Anda Ke Mana Anda Ingini 

 

Mencapai kebebasan kewangan bukanlah matlamat tunggal, tetapi merupakan beberapa siri matlamat kecil yang perlu anda capai untuk mencapai matlamat keseluruhan berkaitan kebebasan kewangan anda.

 

Anda boleh bermula dengan:

 

  • Menentukan matlamat kewangan jangka panjang anda.
  • Meningkatkan Pendapatan anda
  • Membayar hutang tertunggak
  • Mengawal tabiat perbelanjaan anda
  • Mewujudkan tabungan
  • Melabur wang anda.

 

Kesimpulan

 

apa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: