3 PERKARA ASAS DALAM COPYWRITING BERKESAN – PART II

Dalam artikel sebelum ni, Tim Evo Bisnes dah menulis tentang masalah copywriting dan dua masalah utama semasa menulis copywriting. Jika belum baca, boleh baca dulu atau ulang baca di bahagian satu.

 

Mazhab Copywriting

 

Tak dinafikan, bila dah banyak guru atau sifu yang mengajar copywriting ni, pasti masing-masing ada teknik dan caranya yang tersendiri. Mazhab masing-masing lah katakan!

 

Tetapi anda belajarlah dari sesiapapun guru, sama ada di Malaysia, Indonesia mahupun Mat Saleh, asasnya adalah lebih kurang sama.

 

Seterusnya kita sambung kembali mengenai 3 perkara asas dalam copywriting berkesan.

 

3 Perkara Asas

 

Ini 3 perkara asas dalam copywriting berkesan supaya anda lebih faham dan boleh buat copywriting yang lebih baik.

 

1 – Tujuan.

Semua benda kena ada tujuannya. Anda kena faham objektif atau tujuan anda buat copywriting tu. Anda nak buat kempen awareness ke, nak buat marketing ke, nak buat sales ke dan sebagainya. Lepas dah faham tujuan barulah mudah nak susun ayat yang menarik.

 

2 – Format.

Copywriting yang bagus perlu di tulis mengikut format atau struktur tertentu. Walaupun terikat dengan format, anda perlu ujicuba dan kreatif dalam penulisan. Format yang selalu digunakan tidak lari dari

 

  • HEADLINE
  • BODY
  • CLOSING

 

Kita akan bincangkan lebih mengenai format atau struktur copywriting ini dalam artikel yang akan datang.

 

3 – Kenal dan Tahu.

 

Ada 2 perkara yang anda perlu kenal dan tahu terlebih dahulu sebelum buat copywriting iaitu kenal produk dan kenal audiens.

 

  • Kenal Produk– kalau kita tak kenal produk, bagaimana kita nak bercerita dengan yakin tentang produk? Sekurang-kurangnya anda kena tahu asas seperti ciri dan manfaat atau baca FAQ produk tersebut.

 

  • Kenal Audiens– Buat customer avatar, siapa yang paling ideal membeli produk tersebut. Jangan tulis copywriting untuk semua orang, tulis copywriting yang spesifik kepada audiens anda.

Kesimpulan

Kepada mereka yang masih ada masalah copywriting, kenalpasti 3 dahulu perkara asas yang ditunjukkan tadi. Boleh dikatakan ianya perkara asas dalam membuat apa jua jenis iklan.

 

Sekiranya anda rasakan artikel ini bermanfaat, sila kongsikan ya supaya lebih ramai yang dapat selesaikan masalah copywriting mereka.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: