3 PERKARA ASAS DALAM COPYWRITING BERKESAN – PART I

Senjata utama usahawan dalam pemasaran menggunakan medium online adalah copywriting. Penghasilan copywriting yang baik akan menyebabkan proses pemasaran itu lancar, kos rendah dan memudahkan proses close sales nanti. Namun demikian, Tim Evo Bisnes mendapati kebanyakan usahawan online mempunyai masalah dalam menulis copywriting yang berkesan. Adakah anda punyai masalah yang sama?

 

Artikel ini agak panjang dan kami pecahkan kepada dua bahagian. Baca dulu bahagian yang pertama ya.

 

Masalah Menulis Copywriting

 

Sebelum kita teruskan kepada copywriting yang berkesan, kita tengok dulu apa masalahnya dalam menulis copywriting. Kebanyakan masalah copywriting ini berlaku kepada usahawan online terutamanya agen-agen dropship di Malaysia:

 

1 – Ilmu.

 

Ramai mengadu tak ada ilmu copywriting, malahan ilmu sekarang ni dah bersepah di internet. Cuma perlu cari, filter dan sesuaikan dengan bisnes anda. Jika ada budget lebih, boleh berguru dengan mereka yang lebih pakar. Jangan salah berguru pulak ye..

 

2 – Kopipes.

 

Ada agen yang terlalu berharap sangat dengan ayat-ayat copywriting dari HQ, stokis atau upline mereka. Mereka kopipes (copy-paste) sahaja. Bayangkan kalau seratus agen gunakan ayat yang sama? Kalau seribu orang pula macamana?

 

3 – Tiruvasi.

 

Ada pula agen yang ada ilmu sedikit, mereka bukan hanya kopipes tetapi buat tiruvasi. Mereka ubah-ubah sedikit copywriting yang diberi supaya ada kelainan.

 

4 – Buntu Idea.

 

Mereka yang dah ada ilmu copywriting juga sering hadapi masalah buntu idea menulis. Jenuh perah otak nak menulis satu iklan. Kata pakar, kena praktis selalu barulah idea tu datang macam air.

 

5 – Engagement.

 

Ada juga yang dah menulis copywriting tapi tak mendapat sambutan/engagement atau engagement yang diharapkan. Like dan komen agak “krik..krik..”

 

Kenapa Masalah Ni Berlaku?

 

Pada pendapat kami di Tim Evo Bisnes, situasi di atas berlaku kerana dua sebab yang utama.

 

1 – Tidak faham asas copywriting.

 

Ramai yang mencari shortcut dan buat kopipes tanpa memahami perkara-perkara asas dalam copywriting. Ini menyebabkan copywriting mereka hambar dan tiada sambutan.

 

2 – Terlalu mengejar AYAT POWER.

 

Dalam dunia ni tak ada ayat power! Yang ada cuma ayat yang ditulis tepat kepada sasarannya.

 

Ok, setakat ini dulu artikel bahagian pertama ini. Boleh teruskan bacaan bahagian kedua di sini.

Tim EvoBisnes - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin a.k.a Cikgu Dropship merupakan seorang Infopreneur dan telah berkecimpung dalam dunia IM sejak 2009. Seorang pemain FB Ads dan Email Marketing tegar serta suka berkongsi ilmu melalui penulisan di blog, FB dan kelas-kelas bisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: